Wednesday, June 10, 2009

L`amo Jaya Sdn Bhd





































Syarikat L`amo Jaya Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat 100% bumiputra telah ditubuhkan pada 21 Jun 2005 berteraskan perniagaan membekalkan makanan dan katering berkonsepkan kontemporari dalam kesederhanaan dan penyewaan segala peralatan pengurusan acara (event management) seperti penyewaan khemah arabic, marquee tent, kerusi dan meja bankuet, P/A system/alat siaraya dan sebagainya.Syarikat L`amo Jaya Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan diiktiraf sebagai Kontraktor Bumiputra oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

L`amo Jaya Sdn Bhd mempunyai pengalaman luas dalam menjalankan kerja-kerja yang dimaksudkan di atas diterajui oleh Puan Latifah Abu Hassan seorang usahawan wanita yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam perniagaan katering dan penyewaan peralatan pengurusan acara.

Beroperasi dari No 5, Kelab Sultan Sulaiman, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kg. Bharu, 50300 Kuala Lumpur. Terletak di pinggir Kg. Bharu di tengah-tengah kotaraya dikelilingi jalan-jalan utama kuala lumpur seperti jalan Tuanku Abd Rahman dan Raja Abdullah.

L`amo Jaya Sdn Bhd juga merupakan pengendali kafeteria Kelab Sultan Sulaiman dengan menyediakan pelbagai citarasa pelanggan yang berbeza dengan menawarkan menu yang lebih bervariasi agar dapat menepati kepelbagaian pelanggan mengikut kesesuaian. Berupaya mengendalikan parti harijadi, kenduri kendara, jamuan sosial atau koperat, seminar, bankuasi, hari keluarga, barbeku hinggalah ketahap majlis rakyat.

Berbekalkan tenaga pakar yang serba kreatif mampu mereka bentuk apa jua majlis di dalam dewan serbaguna Kelab Sultan Sulaiman (KSS). Ruang dewan yang boleh memuatkan 500 orang makan berhidang atau 1000 orang dalam bentuk kongress, boleh diubahsuai mengikut keperluan sesuatu majlis.

L`amo Jaya Sdn Bhd juga menawarkan perkhidmatan sajian majlis luaran berbentuk intergratif. Hidangan dekorasi serta kelengkapan yang menepati majlis yang diraikan seperti marquee dan kanopi, rakaman audio-video, perhiasaan majlis kahwin dan pelamin serta khidmat konsultant bagi event management.

Prinsip utama L`amo Jaya Sdn Bhd ialah menjamin kebersihan serta kualiti hidangan di tahap yang terunggul untuk membangkitkan selera pelanggan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka.


Perkhidmatan Yang Disediakan

L`amo Jaya Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan seperti berikut:


Membekalkan makanan dan katering serta menyediakan peralatan untuk majlis makan seperti pinggan mangkuk dan lain-lain keperluan serta berbagai jenis kanopi dan keperluannya.


  • Event Management
  • Pakej Mesyuarat/Seminar/Bengkel Kerja/Persidangan
  • Majlis Makan Malam Korporat/Diraja
  • Majlis Penerimaan Anugerah
  • Majlis Penubuhan Dana/Majlis Pelancaran
  • Pertandingan golf
  • Resepsi perniagaan dan parti koktail
  • Client Entertainment
  • Pengurusan Majlis Intergratif
  • Pameran
  • Majlis Sidang Akhbar
  • Parti Bertema
  • Pesta Perayaan
  • Hari Keluarga
  • Pencarian Harta Karun (Treasure Hunt)
  • Sistem Bunyi/P/A system-Sistem Siar Raya
  • Pertunjukan Automobile
  • Special Effect seperti Pertunjukan Bunga Api dan sebagainya.

Senarai Peralatan
L`amo Jaya Sdn Bhd mempunyai peralatan yang mencukupi untuk memberi perkhidmatan yang pasti akan memuaskan hati pelanggan:
  • Kanopi Marquee (15m2/20m2/35m2)
  • Aircondition/Penghawa Dingin
  • Kanopi Quba (20'x 20')
  • Kanopi piramid (20'x 20' dan 10' x 10')
  • Kerusi Bankuet Warna Maroon
  • Kerusi Plastik
  • Kerusi Pengantin/Pelamin
  • Sarung Kerusi
  • Riben
  • Settee
  • Coffee Table
  • Side Table
  • Meja Bulat
  • Meja Panjang
  • Alas Meja
  • Skirting
  • Kipas Gantung/Siling
  • Kipas Kaki
  • Kipas Industri
  • Lampu Kalimantang
  • Chandlier
  • Underlay
  • Platffom berkapet
  • Karpet Walkway
  • Scallop
  • Rostrum
  • Meja Bankuet
  • Backdrop Base
  • Mist Cooling Fan
  • Sidewall dan lain-lain.







1 comment:

  1. Saya bercadang untuk anjurkan Treasure Hunt terbuka kepada orang awam di port dickson /seremban
    Penyertaan dlm 200 - 400 orang
    Bajet dlm RM7-8 ribu
    Tujuan nya untuk memperkenalkan produk saya
    Boleh kah pihak tuan anjurkan event ini

    Ahmad
    e-mail: east669@gmail.com
    tel: 0122831302

    ReplyDelete