Wednesday, June 10, 2009

Restoran Al`amo

Restoran Al`amo
Terletak di pinggiran kg. Bharu ditengah kotaraya serta dikelilingi jalan-jalan utama Kuala Lumpur seperti Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abd Rahman dan Jalan Raja Abdullah.
Berkonsep Kontemporari dalam kesederhanaan dan bertemakan warna 'Melayu Baru' Al`amo berwajah segar, lembut dan ceria.Pemandangan malam yang mengasyikan menerusi bangunan pencakar langit seperti Kuala Lumpur City Center (KLCC), Kuala Lumpur Tower, Public Bank Tower, AMBANK Tower dan lain-lain.

Citarasa Sajian Al`amo
Dengan pelbagai citarasa pelanggan yang berbeza, Al`amo menawarkan menu yang lebih bervariasi agar dapat menepati kepelbagaian mengikut kesesuaian.
Prinsip Utama Al`amo ialah menjaminkan kebersihan serta kualiti hidangan di tahap yang terunggul untuk membangkitkan selera pelanggan.

Dewan Sebaguna KSS
Berbekalkan tenaga pakar yang serba kreatif, Al`amo mampu mereka bentuk apa jua majlis di dalam dewan sebaguna KSS
Ruang Dewan yang boleh memuatkan 500 orang makan hidang atau 1000 orang dalam bentuk kongress: boleh diubahsuai untuk keperluan majlis anda.
Al`amo akan melangkaui batas kebiasaan untuk menawarkan perkhidmatan yang tidak mungkin dapat dilupakan kelak.

Sajian Majlis Luaran
Biar apa jua majlis Al`amo berpengalaman dan berupaya mengendalikan parti harijadi, kenduri, jamuan sosial atau koperat, seminar, bankuasi, hari keluarga, barbekiu hingga ke majlis rakyat.
Al`amo menawarkan perkhidmatan sajian majlis luaran berbentuk integratif. hidangan dekorasi serta kelengkapan yang menepati kesesuaian majlis anda.

  • sewaan marquee kanopi
  • Rakaman audio video
  • perhiasaan majlis kahwin dan pelamin
  • khidmat konsultant 'event manegement'

Norazidahtul Nadia - 017-6693484

No 5, Kelab Sultan Sulaiman,Jalan Dewan Sultan SulaimanKg. Bharu, 50300 Kuala Lumpur.Tel: 03-26973870Fax: 03-26972871Email: alamo_cafe@yahoo.com

1 comment:

  1. O thats coool....very nice stuff... keep it up....

    do drop in by mine as and when u have time

    http://needurattention.blogspot.com/

    http://coldcoughsinusheadache.blogspot.com/

    ReplyDelete